< About Us
KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Read more

..............................................
ARTIKEL MENGENAI EMAS

Read more

EKSTRAKSI EMAS DARI BATUAN BIJIH

Read more

..................................

CABARAN DALAM INDUSTRI EMAS

Read more

Mengenai Kami
 
Malaysian  Metals Resources Sdn. Bhd. (MMR)  adalah sebuah syarikat yang telah didaftarkan  di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tahun 2008. Tumpuan utama syarikat ini adalah bagi memberi khidmat nasihat kepada pelanggan kami khususnya dalam bidang perlombongan emas dan lain-lain logam yang berharga amnya. Kami bersedia membantu kepada yang berminat dan memerlukan pertolongan dengan kos yang berpatutan dengan kepakaran yang kami sediakan. Kepakaran yang disediakan meliputi daripada peringkat permulaan perojek perlombongan sehinggalah
ke peringkat akhir iaitu penghasilan produk logam. Di samping itu juga pihak kami bersedia memberi khidmat nasihat mengenai perkara-perkara sampingan dalam projek perlombongan seperti pengendalian bahan kimia beracun, pengawalan alam sekitar dan perawatan air hasil daripada projek perlombongan.
     
Kepakaran yang kami ada adalah setanding dengan kepakaran pakar-pakar yang ada di luar negara. Ini adalah kerana kumpulan pakar kami adalah mendapat latihan teori dan praktikal daripada tenaga pakar luar negara dalam kebanyakan aspek perlombongan. Malahan ada di antaranya pernah bertugas dan masih berkhidmat di luar negara untuk beberapa projek perlombongan emas di syarikat yang terkemuka di dunia dengan perkhidmatan yang sangat cemerlang. Banyak penemuan-penemuan dan kajian baru yang dikembangkan oleh kumpulan ini dan digunakan oleh syarikat yang ternama di dunia. Atas dasar ini kami penuh berkeyakinan bahawa  kami berkemampuan untuk melakukan yang terbaik memandangkan kumpulan ini terdiri daripada beberapa tenaga mahir dalam bidang masing-masing seperti Jurutera Perlombongan (Mining Engineer), Ahli Kajilogam (Metallurgist), Ahli Kimia (Chemists), Ahli Kajibumi (Geologist) dan lain-lain lagi.
Home About Us Services Solutions Contact

All right reserved @ 2009 Disign by Info Ceria