CABARAN DALAM INDUSTRI EMAS
Untuk mendapatkan keuntungan maksimum, maka proses di dalam industri emas kena ditingkatkan dan kaedah pemprosesan dibangunkan bagi bijih rendah kualiti dan tahi emas (tailing).
Industri emas di Malaysia ketika ini menghasilkan 3 tan setahun dengan hasil setahun lebih dari RM 300 juta. Namun banyak potensi emas belum lagi dan boleh dibangunkan lagi terutama di negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Trengganu.
Isu alam sekitar adalah perkara utama yang menjadi topik dalam perlombongan terutama dalam penggunaan sianida yang tinggi dalam ekstraksi emas. |