Kami menyediakan perkhidmatan seperti perunding Barang Kemas, Pajak Gadai Islam Arrahnu, Mengujitulen Emas, Perunding Makmal, Perunding Perlombongan Emas, Jururunding serta kajian makmal berkenaan emas.
Selain itu, perkhidmatan kami adalah:
Penganjuran kursus dan seminar berkaitan dengan logam-logam berharga seperti emas, perak, platinum dan lain-lain.
Khidmat nasihat untuk projek penulenan emas tulen 999.99 untuk barangan perhiasan.
Khidmat nasihat tentang cara-cara menganalisa bijih emas dan lain-lain logam dengan cara yang betul.
Khidmat nasihat dan cadangan pembinaan makmal yang sesuai bagi projek perlombongan, penulenan dan penganalisaan bijih logam emas.
Khidmat nasihat alam sekitar bagi projek-projek perlombongan dan keperluan makmal yang sesuai.
Khidmat nasihat bagi pembinaan empangan “tailing dam” yang sesuai bagi projek-projek perlombongan.
Khidmat nasihat dalam projek perlombongan emas secara terbuka “ open pit” dan “Heap Leach”.
Memiliki kepakaran khusus terutamanya dalam projek perlombongan emas secara Resin in Leach (RIL), Carbon in Leach (CIL) dan Carbon in Pulp (CIP).
Memiliki kepakaran khusus dalam proses “stripping”, “eletrowinning” (asid dan alkali media), “electrorefining”, peleburan dan penulenan logam emas.
Khidmat nasihat dalam perawatan air daripada perlombongan yang mengandungi sianida dan arsenic yang tinggi.