KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Read more

..............................................
ARTIKEL MENGENAI EMAS

Read more

EKSTRAKSI EMAS DARI BATUAN BIJIH

Read more

..................................

CABARAN DALAM INDUSTRI EMAS

Read more

Penyelesaian Kami.
 

EKSTRAKSI EMAS DARI BATUAN BIJIH (Extracting gold from ores)

Emas biasanya diekstrak dari batuan bijih menggunakan proses karbon dalam larutan (CIL). Bijih emas biasanya dihancur dan dimesin halus sehingga 75 mikron. Kapur dan sianida dimasukkan ke dalam tangki mengandungi sluri. Kapur meningkatkan pH di samping membantu sianida (cyanide) melarutkan emas. Karbon kemudian menyerap larutan emas dan emas yang terjerap pada karbon kemudiannya  ditanggalkan dengan bahan kimia tertentu.  Emas yang tertanggal akan melalui proses elektrolisis atau elektrowinning dan diambil oleh katod bulu besi (steel wool).

Bulu besi kemudian akan dikeringkan dan dibakar dalam relau bersama campuran flux. Akhirnya dalam pembakaran pada suhu lebih 1000C jongkong emas dihasilkan.

CABARAN DALAM INDUSTRI EMAS.

Untuk mendapatkan keuntungan maksimum, maka proses di dalam industri emas kena ditingkatkan dan kaedah proses dibangunkan bagi bijih rendah kualiti dan tahi emas (tailing).

Industri emas di Malaysia ketika ini menghasilkan 3 tan setahun dengan hasil  setahun lebih dari RM300 juta. Namun banyak potensi emas belum lagi dan boleh dibangunkan lagi terutama di negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Trengganu.

Isu alam sekitar adalah perkara utama yang menjadi topik dalam perlombongan terutama dalam penggunaan sianida yang tinggi  dalam ekstraksi emas.

KAJIAN, PENYELIDIKAN dan perkhidmatan

MMR kini menjalankan penyelidikan perundingan dan perkhidmatan  bagi ;

    • Perundingan eksplorasi dan perlombongan
    • Ujian makmal dan assay kandungan emas.
    • Mengenalpasti pelarutan bijih (leaching)
    • Pengurusan karbon dan resin,
    • Proses bijih yang kompleks (complex ores)
    • Non-cyanide leaching and recovery of gold.
    • Penulenan emas (refining)
    • Detoxification atau nyah toksik racun dari buangan industri lombong dan kilang emas.
    • Menganjurkan seminar dan penerangan bagi perlombongan, barang kemas, pajak gadai dan penulenan emas.

     

 
   
Home About Us Services Solutions Contact

All right reserved @ 2009 Disign by Info Ceria